PENYANYI Sufian Suhaimi menerusi satu perkongsian dikatakan menghantar rombongan merisik teman wanitanya yang dikenali sebagai ‘Sayang’.

Majlis tersebut berlangsung di kediaman wanita berkenaan berlangsung pada Sabtu lalu.

Baca ni Terima tajaan RM7 juta, Mas Idayu, Sufian bakal nikah pada 16 September

Perkongsian berita tersebut dimuat naik menerusi sebuah laman TikTok menyaksikan ibu penyanyi berkenaan menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya.

Baca lagiRajin amalan yang dipraktikan Sufian Suhaimi untuk elak diri jadi ‘Santa Claus’. Ketahui apa lagi dilakukannya…

Wanita dipanggil Sayang itu tampak ayu dan manis dalam persalinan rona krim.

BERGAMBAR BERSAMA

Dalam majlis tersebut juga, kelihatan kelibat Suhaimi yang turut hadir dan bergambar bersama bakal tunangannya selepas selesai majlis merisik.

Hantaran video tersebut meraih perhatian ramai.

Rata-rata memuji dan melahirkan rasa teruja.

 

Iklan

Bahkan ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut cepat-cepat ke jenjang pelamin.

Untuk rekod, Sufian sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon, Elfira Loy.

Alhamdulillah, akhirnya Sufian Suhaimi sudah bertemu Mrs right.

Iklan

Tahniah buat kedua-duanya. Semoga dipermudahkan urusan ke jenjang pelamin. Aamiin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang