BARU-baru ini pasangan selebriti media sosial. Ryzal Ibrahim berhadapan sikap tidak sopan warga maya yang telah meninggalkan komen ‘biadab’ di laman Instagramnya.

Komen tersebut meminta Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak perempuannya, Rina.

Ia susulan dakwaan netizen tersebut, wajah bayi berusia tiga bulan itu tidak sama dengannya.

Baca juga: Ryzal, Maryam Durian Kimchi Timang Bayi Perempuan, Syukur ALLAH Mudahkan Bersalin

Menerusi Insta Story, Ryzal turut berkongsi tangkap layar individu tersebut dengan komen ‘biadab’ yang telah ditinggalkan pengguna Instagram itu.

Dalam perkongsian lain, Ryzal menyifatkan kenyataan individu tersebut adalah satu fitnah.

Difahamkan, individu itu cuba melarikan diri dengan menukar nama Instagram, tetapi menurut Ryzal ‘URL’ profile sudah cukup untuk menjejak lokasinya.

“Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain, anak orang lain bukan anak saya. Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi,” katanya.

Sementara di ruangan komen, Ryzal sempat menasihati individu tersebut supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah dan jangan terlalu bebas untuk menyuarakan sesuatu perkara yang tidak pasti.

“Anak saya buat apa nak DNA. Hidup ni jangan rasa bebas sangat. Jaga mulut kalau tak nak masuk dalam,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaram di Insta Strory Ryzal menyatakan nekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Berkenaan komen DNA fitnah itu saya akan jumpa peguam di KL selepas urusan di Kelantan selesai.

“Sejauh mana dia berada, kita akan kesan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta seret ke mahkamah,” kata Ryzal.

Pemilik saluran Youtube Duriankimchi TV itu turut memandang serius perkara berkenaan kerana berkaitan aib keluarga.

“Ini bukan soal hati tisu, ini soal maruah yang mendatangkan aib sekeluarga,” katanya.

Selain itu, Ryzal berkata sebelum ini dia tidak memberikan respons dan memaafkan. Bagaimanapun netizen berkenaan keterlaluan.

“’Public Figure’ bukanlah platform untuk netizen melepaskan pelbagai tohmahan. Mereka juga punya maruah dan harga diri.

“Ketika saya buat silap, saya minta maaf. Saya beri kerjasama dan bayar ganti rugi.

“Jadi apa salahnya kita berikan sedikit pengajaran seperti mana saya lalui,” titip Ryzal.

Ryzal berkahwin dengan Maryam Younarae pada 15 Ogos 2019. Mereka baru menimang cahaya mata sulung dinamakan Rina pada Oktober tahun lalu.

Baca juga: “Isteri saya masuk Islam, bukan masuk kaum…” Ryzal perjelas isu pantang Maryam

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram @ryzalibrhm