BUKTI tiada persengketaan antara Selena Gomez dan isteri Justin Bieber, Hailey Bieber, mereka berdua muncul dalam gambar bersama pertama.

Merakamkan foto berdua, dua wanita yang pernah menakluki hati Justin Bieber itu dilihat duduk rapat dan tersenyum mesra.

Foto berkenaan yang dirakam jurugambar Tyrell Hampton pada 15 Oktober lalu ketika menghadiri Academy Museum Gala Muzium di Los Angeles.

Pada 16 Oktober, Tyrell menyiarkan salah satu gambar berkenaan menerusi Instagramnya dengan kapsyen berbunyi – ‘Plot twist.

Baca juga: Justin Bieber lumpuh separuh muka diserang virus, berkelip sebelah mata

Manakala Hailey pula menyifatkan acara itu sebagai ‘malam yang indah’.

Menyaksikan bukti hubungan mesra Selena dan Hailey, warga maya tertarik dengan gambar yang dimuat naik itu hingga menerima lebih setengah juta tanda suka.

Baca juga: Tampil jelita persis Selena Gomez! Berikut 5 produk kosmetik kegemaran beliau

Kredit foto: Instagram Selena Gomez

Malah, gambar tersebut telah menyentuh hati ramai yang mengikuti hubungan membabitkan tiga bintang berkenaan.

Ia telah menyentuh hati ramai sekali gus menolak dakwaan persengketaan yang wujud antara mereka.

Baca juga: Justin Bieber mungkin perlu tunggu 6 bulan pulih lumpuh muka, berisiko pekak

Kredit foto: Insider

Hailey dan Justin berkahwin pada 2018 selepas berpisah percintaan dengan teman wanitanya, Selena putus di tengah jalan.

Selama bertahun-tahun, ramai yang telah mengkritik hubungan pasangan suami isteri itu dan mempersoalkan tindakan Justin.

Iklan

Menerusi temubual Call Her Daddy September lalu, Hailey menafikan mempunyai masalah dengan Selena.

“Apabila saya dan Justin rapat, beliau tidak menjalin hubungan dengan sesiapa. Bukan jenis saya untuk mengacau seseorang yang masih dalam hubungan cinta,” kata Hailey mengenai Justin.

Hailey juga berkata beliau telah bercakap dengan Selena sejak awal perkahwinannya dengan Justin dan sangat menghormati penyanyi wanita itu sambil menambah tidak wujud sebarang ‘drama’ antara mereka.

Selena dan Justin menjalinkan hubungan cinta sejak dari tahun 2009 selepas diperkenalkan oleh pengurus masing-masing.

Dua bintang itu beberapa kali putus dan kembali menjalinkan kasih semula sehingga Justin mengahwini Hailey pada 2018.

Iklan

Baca juga: Teka-teki Justin Bieber mungkin bakal jadi ayah

Sumber: E News

Kredit foto utama: E News, Pagesix

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.