MULA menceburkan diri dalam dunia hiburan sejak kecil membuatkan bintang popular, Selena Gomez dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Penyanyi lagu Lose You To Love Me itu mengakui, beliau seorang yang sangat mementingkan penampilan lebih-lebih lagi tentang penjagaan kulit wajah.

Menjadikan ibunya, Mandy Teefey sebagai inspirasi, Gomez tidak menafikan wanita kesayangannya itu cukup bijak menjaga pesona diri sejak di usia muda.

 

Baca juga: Jennifer Aniston dedah rahsia kekal muda pada usia 52 tahun

Baca juga: Zizi Kirana amal jus kunyit untuk tampil cantik

 

“Setahu saya, ibu memang sangat menjaga kulitnya. Apabila beliau mencecah usia 21 tahun, nenek memberinya produk Olay dan menasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan kulit.

“Tidak dinafikan produk tersebut berkesan kerana sehingga ke hari ini, ibu memang memiliki kulit yang sangat cantik,” katanya.

Berdasarkan perkongsian Beauty Crew, pelakon filem A Rainy Day in New York itu pernah memberitahu kepada Vogue tentang pemikiran yang positif juga dapat memberi kesan kepada penjagaan kulit wajah.

“Apabila seseorang menjaga kecantikan dan tubuh badan, kedua-dua itu terkait rapat dan membuatkan mereka turut mengambil tahu tentang kesihatan mental dan jiwa,” ujar beliau.

Pada masa sama, selebriti berusia 29 tahun itu berbesar hati berkongsikan mengenai produk kegemaran beliau termasuk rutin penjagaan kesihatan diri yang kerap diamalkan.

1. Penjagaan kulit wajah

Akui Gomez, beliau tidak mudah menggunakan sebarang produk lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal kesihatan kulit wajah.

Beliau hanya menggunakan Biore Deep Cleansing Strips untuk mengatasi masalah itu.

Pada masa sama, Gomez juga mengakui produk tersebut berkesan ke atas kulit lebih-lebih menggunakannya sebelum memakai solekan.

2. Mata menawan

Selepas selesai dengan rutin membersihkan wajah, Gomez akan mengenakan topeng mata untuk memastikan kesegaran.

Beliau memilih topeng mata timun daripada koleksi Sephora. Produk tersebut bukan sahaja menjadi kegemaran beliau, malah tertarik dengan kesan terbaik terutama menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.

3. Kelembapan kulit

Bagi mengelakkan kulit menjadi kering, Gomez memilih produk Tatcha Dewy Skin Moisturiser.

Iklan

Beliau menggunakan produk tersebut setiap hari.

4. Serum

Tidak hanya mengenakan pelembap wajah, beliau juga memilih Tatcha Dewy Serum.

Kedua-dua produk kosmetik tersebut menjadi antara kegemarannya kerana berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan lebih-lebih lagi apabila kulit kelihatan segar dan bebas daripada masalah jeragat dan jerawat.

5. Krim badan

Tidak hanya memberi fokus tentang penjagaan kulit wajah, beliau juga menitikberatkan mengenai kulit badan.

Selain mengamalkan minum air putih dan diet pemakanan sihat, beliau turut menggunakan Sol de Janeiro’s Bum Bum Cream bagi memastikan kelembapan kulit badan.

Iklan

Beliau juga tidak mudah mengenakan sebarang losyen badan kecuali produk tersebut kerana ia tidak melekit dan tidak berminyak.

Nampaknya, rata-rata jenama yang digunakan selebriti tersohor itu kurang popular dalam kalangan kita.

Namun, apa-apapun, pakailah produk yang bersesuaian dengan kulit wajah kita. Tak semestinya mahal itu bagus untuk kita.

Mana tahu, kulit kita pun boleh menjadi setanding bintang popular dunia.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram