SELEPAS empat tahun pemergian arwah Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari akhirnya dikhabarkan bakal menamatkan zaman janda dengan memilih duda anak tiga sebagai suami baharu.

Kompas melaporkan, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL didakwa sudah agak lama menjalin hubungan cinta dengan Tiko Aryawardhana.

Perkahwinan kedua-duanya telah disahkan oleh ketua mukim tempat tinggal BCL, Mukim Pejaten Barat, Asep Ahmad Umar.

Baca juga: Air mata, emosi berlagu di pentas BCL – Blossom Intimate

Kata Asep, BCL telah melengkapkan segala dokumen untuk bersatu bersama Tiko.

Lelaki itu bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai tarikh dan tempat perkahwinan BCL dan Tiko akan diadakan.

Namun, berdasarkan laporan Kompas, BCL dan Tiko akan melangsungkan majlis penting mereka di sebuah hotel terkemuka di Bali pada hari Sabtu, 2 Disember ini.

Sebenarnya, desas-desus BCL telah menemui pengganti bermula apabila Tiko yang juga bapa tunggal hadir pada majlis ulang tahun kelahiran ke-40 BCL baru-baru ini.

Baca juga: “Awak akan selamanya dihati saya,” BCL sambut ulang tahun perkahwinan di pusara Ashraf Sinclair

Lelaki itu juga dikhabarkan sering menemani BCL ke pelbagai acara lain sekali gus membuatkan wartawan dan para peminat artis tersebut terus mendapat jawapan pasti.

Video kemesraan BCL dan Tiko juga menjadi viral di media sosial.

Sehingga kini, penyanyi dan pelakon popular itu masih mendiamkan diri dan tiada satu pun status di media sosial apatah lagi kenyataan dikeluarkan daripada mereka.

Tiko difahamkan bertugas dalam industri kewangan dan perbankan di sebuah bank terkemuka.

Iklan

BCL merupakan antara selebriti terkenal di Nusantara dan penyatuannya bersama arwah Ashraf mendapat liputan meluas pada saat mereka diijab kabul pada tahun 2008.

Baca juga: Ekspresi emosi BCL, mahu terus positif jalani hidup

Namun, hayat abang kepada Aisyah Sinclair itu tidak lama apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

Iklan

BCL dan Ashraf  dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berumur 13 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!