‘BYE Montreal for good.’

Demikian kongsi pelakon era 90-a, Azah Aziz yang bakal pulang ke tanah air selepas 22 tahun menetap di Montreal, Kanada.

Bekas model dan pelakon itu berhijrah ke Kanada selepas berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah.

Azah dalam hantarannya di sosial media berkongsi momen-momen terakhir beliau di negara itu. Malah rakan-rakan mengadakan majlis perpisahan sempena perpindahan beliau sekeluarga.

“Terima kasih kawan-kawan kerana mengaturkan atas majlis perpisahan ini.

“Saya pasti akan merindui kalian semua. Terima kasih atas persahabatan, saya gembira dan bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang hebat di Montreal.

“Kita ketawa dan menangis bersama. Persahabatan sejati akan kekal selamanya. Jemput datang dan melawat kami apabila datang ke Asia atau Dubai,” titip Azah yang akan berada di Dubai selama 10 hari sebelum pulang ke Malaysia.

Azah, 50, yang cukup popular dengan siri drama Astana Idaman dan Cinta Korporat turut memberitahu perpindahan itu bersangkut paut dengan kerjaya suaminya.

Ujar Azah, suaminya, Daud kini kembali ditugaskan di Asia dan Timur Tengah.

Baca juga: Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

 Ibu kepada tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, Justin dan Ryan memaklumkan dua daripada anaknya itu akan tinggal di Malaysia manakala seorang lagi akan berada di Dubai.

Azah, bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 berkahwin dengan Daud yang berketurunan Perancis pada 7 Januari 1995.

Baca juga: [VIDEO]20 tahun tidak bersua, Azah menangis jumpa abang, kakak buat ramai sebak

Warga maya menzahirkan rasa teruja mengetahui perkembangan selebriti itu dan mendoakan agar segala perjalanan dan urusan perpindahan Azah sekeluarga dipermudahkan.

Iklan

– “Welcome back Azah. Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.”

– “Sepanjang 14 tahun, saya sudah berpindah ke beberapa bandar dan negara, jadi saya sangat mengerti dan faham perasaan Kak Azah. Semoga selamat sampai ke destinasi.”

– “Mesti perasaan bercampur baur kan? Sedih ada, teruja pun ada. Good luck di tempat baru. Selamat pulang ke Malaysia. Rindu pada lakonan Azah.”

– “Selamat pulang anak perantauan.”

– “Selamat kembali ke tanah air Azah.”

Iklan

Sebelum ini, Azah pernah memaklumkan akan berpindah balik ke Malaysia selama lima tahun dan akan kembali meluangkan masa berlakon bagi memenuhi tawaran.

Baca juga: [VIDEO] ‘Ikutkan hati nak pindah Perancis tapi…’- Nourul Depp berhijrah Julai ini, akan rindu nasi kandar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang