HUBUNGAN adik-beradik adalah ikatan yang terlalu istimewa.

Bak kata pepatah, kawan boleh dicari, tetapi adik-beradik tak ada yang boleh diganti.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Kasih sayang antaranya tidak akan terhenti walaupun terpisah beribu batu.

Seperti kisah yang dilalui pelakon popular era 1990-an, Azah Aziz yang terharu apabila berpeluang berjumpa dengan abang kandungnya setelah 20 tahun tidak bersua.

Menerusi perkongsian sebuah video di Intagram miliknya, dilihat ibu kepada tiga anak yang menetap di Montreal, Kanada itu menangis dan saling berpelukan dengan abang tersayang.

Selain abangnya, pemilik nama sebenar Noazah Aziz, 46, itu juga berkesempatan menemui kakak tercinta.

Terlerai rindu mereka setelah Azah berpeluang pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Coretnya di ruangan kapsyen posting tersebut, “Best reunion ever, macam jejak kasih dah ni.”

Iklan

Katanya yang telah 25 tahun menetap di luar negara itu, saya sangat emosi kerana tidak bersua dengan abang selama 20 tahun dan kakak empat tahun.

Azah turut mengakui raup wajah kakaknya itu seiras arwah ibu dan sebab itulah air mata tidak lagi dapat ditahan.

azah

Perkongsian video tersebut mencuri perhatian pengikut dan rakan artis. Rata-rata sebak melihat situasi demikian.

Iklan

Ujar mereka;

“Alahaii sedihnya sis… Alhamdulillah dapat jumpa family.”

“Masya-ALLAH. Dah bertahun-tahun di luar negara tak ada pun cakap sleng mat salleh… Bagus Azah ni, keluarga pun baik-baik.”

“Seronoknya melepas rindu… ikatan kasih adik beradik hingga ke Syurga.”

Baca juga Kematian tragis pelakon Thailand, lima rakan bot didakwa, bakal berhadapan hukuman penjara

“Saya pula yang sebak… Moga semuanya diberikan kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang hingga ke Syurga.”

“Welcome home Azah. Sebak pula tengok. Terserlah kerinduan semua orang.”

Terdahulu Azah berkahwin dengan Daud Leroy dan menetap di Montreal, Kanada. Pasangan tersebut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aaron,23, Ryan,16, dan Justin,13.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal)