COMEL! Itu perkataan pertama boleh diucapkan bila berpeluang menatap wajah permata hati kedua pengacara dan usahawan popular, Neelofa.

Tidak seperti kelahiran cahaya sulung, Neelofa dilihat lebih terbuka menunjukkan wajah Abdullah Abbas buat tatapan umum.

Ketika anak pertama dahulu, Neelofa dan suami mengambil masa lapan bulan untuk berkongsi wajah baby mereka kepada peminat.

Difahamkan pasangan selebriti itu bertindak sedemikian kerana bimbang terkena penyakit ain.

Baca juga Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Kredit foto: Instagram Neelofa

 

Menerusi Instagram Stories, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkongsi sesi fotografi bersama anak kesayangannya.

Ketika sesi itu berlangsung, jelas wajah si comel itu dapat dilihat melalui pantulan cermin.

Malah isteri kepada pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail (PU Riz) itu juga turut memuat naik gambar Abdullah Abbas dalam posisi meniarap.

Baca juga Neelofa siap ambil kelas untuk Bilal, rupanya ‘sleep train’ banyak kelebihan

Iklan

Neelofa dan Haris bernikah 27 Mac 2021 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal, 1, dan Abdullah Abbas yang berusia sebulan.

Baca juga Abdullah Abbas nama putera kedua Neelofa

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!