Covid-19: Shuib pohon doa, Sarah kini di ICU, ‘keadaan tak berapa baik’

A
A
A

KEADAAN terkini penyanyi, Siti Sarah yang dijangkiti Covid-19 dilaporkan 'tak berapa baik' dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi susulan paras oksigen yang tidak stabil.

Malah, menurut suami, Shuib Sepahtu dalam hantaran di laman Instagram, keadaan Sarah juga tidak berapa baik dan memohon agar mendoakan Sarah dan bayi dalam kandungan.

“Assalamualaikum, salam Jumaat semua,

“Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon pada hari baik, hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga ALLAH berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga ALLAH merahmati kita semua, aamiin,” katanya.

Baca juga Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital, Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Siti Sarah yang kini sedang hamil lapan bulan sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Beliau dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan Rabu lalu kerana mengalami batuk berterusan sejak semalam menyebabkan tahap oksigen dalam badannya semakin menurun.

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut di laman Instagram turut meluahkan rasa simpati dan menitipkan doa agar Sarah dan bayi dalam kandungan dalam keadaan yang baik dan segera sembuh.

Terdahulu, Sarah, Shuib, tiga orang anak mereka termasuk pembantu rumah, menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca