'Daddy... Daddy' - Ayden menangis rindukan ayah, peminat harap Aliff Aziz cepat masuk Malaysia
VIDEO anak kepada pasangan Bella Astillah dan Alif Aziz, Ayden Adrean menangis kerana mahukan bapanya telah menarik perhatian ramai.
Dalam video berkenaan, Ayden, 3, beberapa kali menyebut perkataan 'daddy' dan memberitahu mahu ke Singapura
“Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore…” katanya sambil menangis.
Dalam pada itu, jelas Bella di ruangan kapsyen, insiden itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya Ayden pernah menangis secara tiba-tiba sebelum ini.
“Sebenarnya bukan sekali ini je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menangis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut terkesan dan kasihan melihat Ayden yang sudah beberapa bulan berpisah daripada ayahnya.
Tidak kurang juga yang memberi cadangan permohonan agar Aliff dapat masuk ke Malaysia segera.
Bella pernah memberitahu tidak dapat berjumpa Aliff semenjak Mac lalu setelah larangan rentas sempadan negara dikuat kuasakan akibat Covid-19.
[embed]https://www.instagram.com/p/CFqxMemDhJI/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang