PENYAMPAI radio Hot FM, Imran Aqil, 24, selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal dengan sekali lafaz.

Mereka dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Nordin yang berwakil wali bapa pengantin perempuan, Ahmad Rizal selepas mengikat pertunangan selama setahun.

Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.

Baca juga: DIY air basuhan beras buat muka jadi mulus glowing, selamat dan jimat poket

Solekan sederhana oleh Dahlia menjadi tumpuan warga maya hingga #Dahlia muncul trending di laman sosial X.

Tanpa memakai sebarang foundation, pempengaruh itu hanya mengenakan lapisan ‘skin tint’sebagai asas namun hasilnya tetap berseri-seri.

“Yes, I did not use any foundation, only Chanel’s Skin Tint yang viral tu,” kongsinya di Insta Story yang mendedahkan mengguna khidmat jurumekap loveyayamua.

Warga maya teruja dengan solekan itu dan menjadikan ia sebagai inspirasi.

– “Bagi seseorang yang memakai solekan selalu, Dahlia masih berjaya kelihatan 10 kali lebih cantik daripada biasa dan mempunyai seri pengantin pada hari perkahwinannya.:

– “Dahlia pakai skin tint sahaja on her big day tapi lawa gila makapnya.”

– “Kulit Dahlia glass skin, bila skin cantik no need foundation.”

Baca juga: Terpancar kebahagiaan, Mizz Nina dan Essam serba putih sempena resepsi di Kuala Lumpur, berseri-seri pengantin baru

Iklan

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ibu bapa, keluarga dan teman rapat.

Imran yang juga adik kepada pelakon Nabil Aqil dan anak saudara pelakon Syafiq Kyle ini telah menyerahkan tiga dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas lima dulang.

Baca juga: Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

Iklan

Baca juga: Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!