BENAR kata orang, ibu adalah segala-galanya bagi anak-anak kan.

Begitulah yang terjadi kepada penyanyi lincah, Zizi Kirana.

Jika sebelum ini dia terkenal dengan imej seksi, namun kini tidak lagi setelah ditegur ibu tercinta.

Penyanyi lagu Eh itu turut mengatakan ibunya tidak memaksa untuk berhijab kerana dikhuatiri dirinya tidak istiqamah.

Zizi Kirana turut berjanji dengan ibunya supaya tidak berpakaian seksi lagi.

Baru-baru ini juga, difahamkan penyanyi cantik itu turut ingin memadam foto-foto seksinya di laman sosial.

Namun, semalam Zizi Kirana tampil berkongsi satu pesanan buat pengikutnya di Instagram Story.

Baca juga ‘Top Nine 2020’ Mira Filzah curi perhatian

Iklan

Katanya, dia sangat berasa lucu dengan warganet yang tidak sabar apabila melihat masih ada gambar seksinya di Intagram.

“Kelakarlah netizen ni… bila keluar ‘statement’ “saya dah padam gambar seksi”, kelam kabut terus skrol sampai ke gambar pertama yang aku upload dulu.

“Pastu bila ada gambar yang aku ter’missed’ terus kata “tak padam pun”.

“Gais, santai baa… satu-satu k! Kesabaran amat diperlukan di sini, sebab banyak gambar kat situ,” tulisnya.

Demi ibu, Zizi Kirana janji tak pakai seksi mohon peminat sabarZizi Kirana turut mendoakan agar kebaikan juga diberikan kepada semua.

Iklan

Alhamdulillah, satu perubahan ke arah kebaikan!

Sumber foto: Instagram Zizi Kirana