Demi kesihatan mental, Bella Hadid berundur dari dunia model, pilih perniagaan wangian

Copy of Copy of gambar portal_20240513_080339_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240513_080339_0000
A
A
A

 

SUPERMODEL, Bella Hadid memutuskan untuk berundur daripada dunia peragaan dan memulakan kehidupan baharu di Texas bersama pasangannya, Adan Banuelo.

Selepas sepuluh tahun dalam industri peragaan, Bella menyedari bahawa beliau perlu mengutamakan kebahagiaan dan kesihatan berbanding kerjayanya.

Bella turut mengakui dirinya tidak lagi perlu 'memasang wajah palsu' dan mahu merasai kebebasan dan ketenangan.

Pemilik nama sebenar, Isabella Khair Hadid menyatakan bahawa kehidupannya di Texas amat bermakna, kerana dapat lebih meluangkan masa dengan rakan-rakan, keluarga dan memberi tumpuan kepada penjagaan diri.

Wanita berusia 27 tahun itu memilih berbuat demikian bagi mengutamakan kesihatan mental dan fizikalnya selepas sepanjang tahun lalu, bertarung dengan penyakit Lyme.

Walaupun berjaya menjadi supermodel, namun beliau mendapati dunia peragaan tidak memberi keseimbangan kepada kehidupannya.

Kakak kepada model, Gigi Hadid itu menggambarkan masanya di Texas sebagai 'masa terbaik' bagi mendapat kebahagiaan dalam hubungan dan kebebasan untuk menjadi dirinya sendiri tanpa tekanan dalam mengekalkan imej tertentu.

Bella kini menceburi bidang perniagaan dengan pelancaran wangian sulungnya, Orebella.

Produk tersebut diinspirasi daripada kecintaannya terhadap budaya keturunan keluarga Arab selain mencerminkan keperibadiannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca