SUSULAN kemelut yang melanda rumah tangga penyanyi Bella Astillah, ramai yang memberikan sokongan.

Tidak hanya warga maya menerusi laman sosial, baru-baru ini ibu kepada dua cahaya mata itu turut dititipkan semangat oleh penyanyi senior, Mas Idayu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik platform TikTok, Mas Idayu berkongsi sebuah rakaman beliau sedang memeluk erat Bella.

Menurut Mas Idayu, selebriti kecil molek itu mencarinya dan ingin bermanja.

Baca juga: Selamat disatukan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Mas Idayu kembali bergelar isteri

Baca juga: ‘Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.’ Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

“Dia cari-cari mummy, nak peluk, nak manja-manja.

“Anak mummy yang kuat,” kongsinya.

Penyanyi itu dilihat dilihat menuturkan nasihat buat Bella yang sedang sebak.

Baca juga: ‘Kakak sayang adik dunia akhirat.’ Bella Astillah genap 30 tahun, ucapan Adira menyentuh hati

Baca juga: Video ibu Bella Astillah runtun hati warga maya. ‘Jika lelaki menyakitimu, pulanglah ke pangkuan keluarga’

Menjengah ke ruangan komen, warganet menzahirkan rasa terharu dan tersentuh.
Bahkan, tidak kurang yang memuji sikap penyayang dan prihatin Mas Idayu buat Bella. Ujar mereka:

– “Orang yang berhati lembut seperti Bella perlukan kekuatan daripada figura tegas seperti Mommy ketika melalui saat sukar seperti sekarang ini.”

– “Mommy garang tapi hati mummy baik.”

– “Sebak. Moga Bella menemui kebahagiaan yang dicari. ALLAH Maha Mengasihani, moga Bella kuat. Terima kasih Mommy.”

Iklan

– “Mas Idayu ikon ibu tunggal. Selama beliau solo jarang ada isu.”

– “Peluk Bella untuk kami sekali, semoga Bella kuat.”

Terdahulu, Bella memfailkan penceraian secara ekspres pada awal Mac lalu selepas suaminya, Aliff Aziz terlibat dalam kes khalwat bersama seorang pelakon wanita.

Bella kemudian hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian. Namun susulan tindakan Aliff tidak hadir ke mahkamah, satu tarikh baharu ditetapkan bagi sebutan kes kedua pasangan itu.

Iklan

Bella, 29, dan Aliff, 33, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Pasangan itu pernah berpisah pada 16 Mei 2019 dan rujuk kembali ketika dalam tempoh iddah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!