‘HAPPY birthday Kak Long, demikian titipan keluarga dan rakan selebriti buat penyanyi dan pelakon Bella Astillah.

Genap 30 tahun pada hari ini, ketabahan pemilik nama Dayang Ara Nabellah yang melalui beberapa episod dicurangi oleh suaminya mengundang pilu.

Menjadi perhatian warga maya yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya, hantaran Bella di Instagram menerima lebih daripada 77,000 tanda suka dalam tempoh tiga jam.

“Alhamdulillah, 30 tahun

“Happy Birthday Dayang Ara Nabellah,” titip Bella.

Baca juga: Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa, Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

Baca juga: ‘Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.’ Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

Baca juga: Aliff Aziz buka mulut, kongsi cerita sebenar khalwat dengan Ruhainies. ‘Hanya makan-makan bersama keluarga’

BELLA ASTILLAH

Tidak hanya ucapan di ruangan komen di Instagram, ibu kepada Ayden Adrean dan Ara Adreanna turut menerima titipan hari lahir oleh peminat di laman sosial lain termasuk TikTok.

Namun, ucapan hari lahir Bella oleh Adira Suhaimi paling mengundang simpati.

Penyanyi lagu Takdir Tercipta itu menerusi Instagram memuat naik hantaran istimewa buat Bella.

“Selamat ulang tahun adikku. Kakak doakan yang terbaik untuk adik dan anak-anak.

“Kakak mahu adik tahu yang kakak akan selalu ada apabila diperlukan. Kakak sayang adik dunia akhirat,” titip Adira.

Baca juga: “Bayangkan ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Selain Adira, Datuk Red dedah isteri pertama juga mohon cerai, nafi ada pakatan

Baca juga: 4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

Hubungan baik kedua-dua penyanyi kelahiran Sabah itu bukan lagi rahsia.

Baru-baru ini Adira dilihat menemani Bella ke pekarangan sebuah kondominium pada pada awal pagi.

Menerusi video yang dimuat naik, Adira dilihat menenangkan Bella yang tidak dapat menahan air mata dipercayai selepas mengetahui suami ditangkap khalwat bersama rakan baik sendiri.

Iklan

Warga maya turut menzahirkan doa dan ucapan agar Bella terus tabah menghadapi kehidupan mendatang. Ujar mereka:

– “Tak usah biarkan diri merana, kehilangan orang yang tidak menghargai segala kasih sayang dan pengorbanan kita. Bangkit dengan semangat baru, teruskan perjalanan dibawah reda dan kasih sayang-NYA”

– “Tengok video ini, boleh bayangkan betapa hancurnya hati Bella masa itu. Semoga bahagia milik Bella dan anak-anak. Aamiin.”

– “Allahuakhbar, remuk redam hati Bella dikhianati berulang kali. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.”

– “ALLAH tidak akan menguji hamba-NYAmelebihi kemampuan, DIA tahu @bellaastillah mampu dan kuat.”

Iklan

Bella, 29, dan Aliff, 33, mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

Pasangan itu pernah berpisah pada 16 Mei 2019 dan rujuk ketika dalam tempoh iddah.

Bella baru-baru ini memfailkan permohonan cerai secara ekspres di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!