PENGACARA Haziq Hussni berkongsi berita tangannya mengalami kecederaan akibat tejatuh ketika bermain bola sepak baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dimuat naik pemilik nama sebenar, Muhammad Haziq Irfan Hussni menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, pergelangan tangan kirinya patah. Kejadian tersebut berlaku selepas beliau berjaya menjaringkan gol.

Haziq

Disebabkan tersalah langkah, hos dan juga penyampai radio itu terjatuh sebelum berasa sakit pada tangannya.

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengesahkan pergelangan tangannya patah.

Baca ni ‘Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak.’ Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

 

“Ziq, jangan tengok tangan kau”

“Malang tak berbau. Dia punya pedih ALLAH je yang tahu. Pergelangan tangan patah dan terkehel jatuh semalam. Alhamdulillah, I’m okay! Thank you semua yang mendoakan,”ujar Haqiq menerusi kapsyennya.

Haziq 2

Masuk besi

Memetik laporan Harian Metro, hos Melodi itu memerlukan sedikit masa untuk kembali sembuh seperti sediakala.

“Saya perlu menjalani pembedahan memasukkan besi pada pergelangan tangan dan proses kesembuhan mungkin ambil masa sehingga dua bulan.

Baca juga Haziq Hussni sertai Ain Edruce sebagai hos baharu Melodi

Haziq 1

Iklan

“Buat masa ini, saya kena tunggu bengkak itu reda sebelum memasukkan besi. Doktor cakap mungkin makan masa enam minggu untuk sembuh kerana luka pembedahan itu perlu penjagaan rapi,” ujarnya lagi.

Pun demikian, lelaki berusia 34 tahun itu tetap akan meneruskan kerja-kerja seninya asalkan tidak membabitkan pergerakan fizikal ekstrim.

Baca juga ‘Done kahwin lagi sekali.’ Kongsi gambar busana pengantin, Farah Lee kembali bergelar isteri

Haziq 4

“Saya kena susun jadual balik kalau kerja membabitkan penggambaran kerana pada bulan depan ada terbabit drama. Tapi untuk kerja pengacaraan tiada masalah, saya boleh saja buat,” katanya.

Iklan

Sumber : Instagram haziq_hussni & Harian Metro

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang