FASA ‘down’ atau jatuh bukan satu pengalaman buruk tetapi ia merupakan proses perjalanan menjadi ‘siapa’ saya sekarang ini.”

Demikian perkongsian pelakon versatile, Beto Kusyairy kepada SinarPlus baru-baru ini.

Selebriti berusia 44 tahun itu berkata, pernah mengalami keadaan itu ketika awal pembabitan dalam industri seni.

“Ada satu fasa yang mana saya menganggap ia fasa ‘down’ teruk. Pada awal nak ‘bertapak’ dalam bidang seni.

“Pelbagai dugaan yang saya tempuh. Pernah satu ketika berkongsi roti canai dan segelas air kosong dengan Azhan Rani, sahabat saya dunia dan akhirat,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Beto, melalui pengalaman itu juga yang mengajar erti kehidupan sebenar.

“Malah membuatkan saya lebih menghargai di mana saya berada sekarang,” ujarnya.

Dalam rekod, Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along 2001 sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beliau merupakan graduan Diploma Perhotelan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu kemudian mencapai kejayaan komersil menerusi beberapa filem terkenal termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku Datang! (2012), Gila Baby (2014), Bisik Pada Langit (2017), dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022).

Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), dan Hanya Padamu (2013).

Baca juga:‘Journey dia tak semua mampu lalui & pikul.’ Beto Kusyairy dedah sisi Amir Jahari jentik hati warga maya

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

Dalam pada itu, Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman berkata, pencapaian dan kejayaan yang diperolehi beliau selama ini atas sokongan daripada isterinya, Tisha Shahar.

Baca juga:Diiktiraf Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM32, Beto Kusyairy ‘gayat’

Iklan

“Dia adalah tulang belakang saya, ada dengan bersama diri ini sewaktu zaman universiti sebelum bergelar pelakon lagi.

“Ketika itu hanya sebagai pekerja di sebalik tabir sahaja,” katanya.

Menurut pelakon filem ‘Mat Kilau’ itu, beliau amat menghargai segala pengorbanan isterinya, yang sentiasa bersama menempuh pancaroba sehingga nama kini dikenali ramai.

“Dia yang banyak mendorong untuk lebih semangat dan berani ke depan. Apabila ada ‘up and down’ dia lah penguat semangat saya.

Baca juga:Elemen romantik sains fiksyen, beri kelainan pada Imaginur

Iklan

“Saya amat menghargainya, Mana nak dapat orang sentiasa ada ketika kita senang dan susah,” katanya.

Beto mendirikan rumah tangga bersama Tisha pada 1 Februari 2008 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!