PELAKON Beto Kusyairy berkongsi kesyukuran lagu runut bunyi filem Imaginur, Hasrat ciptaan dan nyanyian Amir Jahari muncul juara pada Anugerah Juara Lagu ke-38.

Penampilan beliau bersama Diana Danielle sebagai cameo bersama penyanyi koir serta Diana Danielle dan Beto Kusyairy membuatkan para penonton yang hadir bersorak dan menggamatkan lagi suasana persembahan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Beto menerusi hantaran di Instagram berkongsi perasaan terharu dan syukur lagi berkenaan dinobatkan sebagai juara.

Malah ujarnya, beliau berbesar hati muncul dalam persembahan penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang itu yang disifatkan sebagai seniman yang kental.

“Bang, aku nak mintak kau buat special appearance nanti boleh bang? Hasrat masuk final? Untuk kau, besar hati aku Mir.”

“Subhanallah, aku tak tahu secara detail apa yang dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman.

“Tapi aku tahu journey yang dia lalu tak semua mampu lalu dan pikul. Dan istimewanya dia, dia bertahan walau dalam kepayahan,” titip Beto.

Baca juga: Pernah jual gitar untuk hidup, Amir Jahari muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-38 buat ramai sebak, 10 info menarik mengenainya

Baca juga: Diiktiraf Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM32, Beto Kusyairy ‘gayat’

Baca juga: ‘Penonton terlalu banyak disogokkan dengan kisah fantasi’ -Beto Kusyairy

Ujar Beto, cabaran hidup dilalui Amir sebelum ini dan sifat tidak putus asa ada hikmahnya.

Justeru, beliau berharap penyanyi itu akan terus merendah diri biarpun dilambung populariti.

“Sesuatu yang tragis berlaku dalam hidup ada sebabnya dan itu adalah rahsia ALLAH & DIA Maha Adil.

“Syabas dan tahniah Amir. Kau dan family adalah termasuk dalam orang-orang yang baik. Terima kasih kerana tak putus semangat.

“Aku percaya kau akan tetap seperti sekarang, tunduk & merendah walau sedang dalam kemasyhuran. For the time being, enjoy & embrace it! Syukur Alhamdulillah, hasrat juara di hati semua!” katanya.

Iklan

Baca juga: ‘Ini bukan benchmark & tak perlu pun…’ – Buat aksi lagak ngeri sendiri, Beto Kusyairy terima pujian

Baca juga: Elemen romantik sains fiksyen, beri kelainan pada Imaginur

Baca juga: Air mata syukur, Syamsul Yusof terharu filem Mat Kilau raih RM90 juta, 33 hari tayangan

Lagu Hasrat ciptaan dan dendangan Amir Jahari berjaya menewaskan 11 lagu lain yang turut bertanding. Menerusi kemenangan itu, Amir membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000 dan trofi.

Iklan

Selain Hasrat, 11 lagu lain yang turut bertanding AJL38 ialah Sutera (Aisha Retno), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Santai (Naqiu), Inilah Jalannya (Masdo), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan) dan Kalam (Shiha Zikir).

Lima lagu lain ialah Ku Cuma (Wany Hasrita dan Afieq Syazwan), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain dan Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!