Diana Danielle nafi terima 8 cincin daripada Farid Kamil

KONFLIK rumah tangga pelakon dan penyanyi, Diana Danielle dengan suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil masih belum temui titik nokhtah.

Semalam pada prosedur perbicaraan, Farid yang hadir bersama bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah enggan melafazkan talak terhadap Diana walaupun Jawatankuasa Pendamai (JKP) menunjukkan bahawa rumah tangga pasangan pelakon itu gagal untuk didamaikan.

Bahkan, Farid turut meluahkan perasaan positif bahawa rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan memandangkan Diana dimaklumkan sudah pun menerima lapan bentuk barang kemas yang dihadiahkan.

Baca juga Hakim nasihat lafaz talak, ini 5 sebab Farid Kamil tak mahu cerai Diana Danielle

Pemilik nama sebenar Farid Kamil Zahari itu juga berkata dia percaya dalam tempoh tiga bulan dua anaknya banyak menjadi perantaraan, lantas banyak memberikan kesan positif pada hubungan mereka.

“Seperti ramai sedia maklum, prosiding sudah sampai ke proses pelantikan hakam kerabat. Sejak awal hingga sekarang, apa yang saya cuba buat adalah mempertahankan keluarga dan perkahwinan saya.

“Saya sentiasa berfikiran positif kerana nampak masih ada harapan, tanggungjawab dan masa depan. Sayang juga masih ada.

“Malah, cincin yang saya berikan juga sudah diterima. Lapan barang kemas diterima sebanyak dua kali menerusi Muhammad dan Nur Aurora,” ujarnya kepada media di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, pelakon filem Imaginur itu tidak selesa dengan kenyataan dikeluarkan Farid.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Baca juga: Diana Danielle, Farid Kamil bakal jalani Sulh. 11 info wanita perlu tahu, rupanya bukan untuk penceraian sahaja

Menerusi posting di Instagram Story miliknya, Diana tidak menerima lapan bentuk cincin yang dinyatakan tersebut.

“Sebenarnya, saya tidak menerima lapan bentuk cincin. Dia memberikan kepada anak, Muhammad dan memberitahu untuk menyerahkan kepada saya.

Iklan

“Saya tidak selesa mengenai perkara ini dan memilih tidak memberikan sebarang reaksi.

“Saya pernah menolak cincin tersebut melalui peguam, tetapi dia menggunakan anak lelaki saya untuk menyerahkan kepada saya,” katanya.

Baca juga: Farid Kamil tawar RM319,700 berdamai dengan Diana Danielle, termasuk Vellfire, barang kemas RM10,700

Dalam masa sama, Diana menasihatkan Farid tidak lagi mengulang tindakan sama.

Iklan

“Jadi, sekarang orang sudah tahu mengenai perkara itu, jadi tolong jangan serahkan sebarang hadiah menerusi anak-anak lagi,” katanya.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Baca juga: Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!