PELAKON Rozita Che Wan membidas kecaman dan kritikan netizen terhadap anak perempuan tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana yang gemar bersolek dan berdandan pada usia yang masih mentah.

Tegas Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, anaknya yang bakal menginjak ke usia 8 tahun November depan sama seperti kanak-kanak lain yang mempunyai minat tersendiri.

“Tolong dengar! Hampa (kalian) tak nak siapkan anak, itu masalah hampa. Anak kami (saya) memang suka bersiap. Takkanlah dia nak melaram kami nak larang.

“Contoh anak hampa suka melukis, tak kan hampa nak marah mereka mahu melukis.

“Anak saya memang suka pakai mekap dan melaram. Karang kalau marah dia, melakak dan merajuk. Jadi satu kerja pula nak pujuk, tak memasal.

“Mak dia ratu Malaysia dulu kot, yang hampa pun. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke spageti, tak gitu? (seloroh). Ke atas nasi lah hampa. Saja nak melawak. Kadang-kadang saya pun pening tau,” ujar Che Ta menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

ROZITA CHE WAN
Che Ta tidak menafikan Aaisyah sangat suka bersolek tidak mengira masa.

Isteri kepada aktor dan usahawan Zain Saidin itu, dia juga tidak memahami mengapa menjadi sasaran kritikan netizen dan ada yang menyifatkan tidak pandai menjaga anak hanya kerana membiarkan Aaisyah bersolek seperti orang dewasa.

Iklan

“Yang komen semua guna akaun palsu. Sekali libas guna bulu mata saya yang setebal tujuh petala langit ini baru tahu.

“Karang tak ‘letup’, kata tak pandai jaga anak. Kalau ‘letup’ sangat kata kasihan zaman budak-budak.

Iklan

“Macam kalian dulu-dulu waktu kecil suka mandi sungai. Mak ayah larang pun, tetap terjun sungai kan. Begitulah anak saya,” luahnya yang meminta netizen untuk menjaga anak sendiri, sebelum sibuk ‘menjaga’ anak orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.