Diiktiraf Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM32, Beto Kusyairy 'gayat'
AKTOR berbakat besar, Beto Kusyairy meluahkan rasa 'gayat' di atas kemenangan trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 kerana merasakan pengiktirafan itu terlalu tinggi buatnya.
Bagaimanapun, Beto mengucapkan terima kasih kepada barisan juri dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kerana memilihnya sebagai pemenang edisi kali ini.
"Syukur alhamdulillah, walau gayat juga atas pengiktirafan setinggi ini. Ampun maaf kepada pihak festival kerana tak dapat bersama-sama dek kekangan masa serta tanggungjawab sedia ada.
"Terima kasih kepada yang menyokong. Terus semarakkan filem kita melalui cara yang betul. Tinggalkan tontonan cetak rompak khususnya filem tempatan melalui telegram atau platform yang tidak sah. Sekecil inisiatif sebegini memberi impak besar kepada kami selaku penggiat untuk memartabatkan filem kita," kongsinya menerusi Instagram.
Dalam masa sama, Beto yang pertama kali menggenggam trofi tersebut masih mengingati pesanan pengarah, Allahyarham Yasmin Ahmad.
"Bekerja bukan kerana anugerah. Lakukan ia seikhlas hati," ujarnya.
Beto menewaskan calon lain iaitu Hasnol Rahmat yang membintangi filem Jerangkung Dalam Almari, Izzue Islam (Juang), Datuk Zahim Albakri (Spilt Gravy/Ke Mana Tumpahnya Kuah) dan Nas T (Air Force The Movie : Selagi Bernyawa).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang