'Hari-hari nak tengok ibu, abi & adik-adik' – Hilang 6 ahli keluarga, Abdul Rahman mohon sunting foto nikah bersama arwah runtun hati
INSIDEN tragis yang meragut nyawa enam sekeluarga dalam kemalangan maut di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan pada awal September 2023 pernah mengundang sebak seluruh negara.
Baharu mendirikan rumah tangga, anak sulung pasangan tersebut, Abdul Rahman Amir Ruddin, 22, meminta bantuan warga mata untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai pengguna media sosial.
Rahman menyatakan hasrat agar arwah ibu, bapa dan adik-beradiknya dapat ‘hadir’ dalam satu foto kenangan walaupun hanya melalui hasil suntingan gambar.
"Ada tak yang boleh tolong editkan arwah family saya semua tu ada dalam gambar wedding saya.
"Siapa punya gambar paling real edit saya akan bingkaikan dan letak di sebelah katil saya supaya hari-hari boleh tengok ibu, abi adik-adik," kongsinya.

Untaian Threads berkenaan menerima perhatian warga maya yang rata-rata mendoakan perkahwinan Rahman. Ujar mereka:
"Tak berapa real, sebab tidak pandai, tapi ini saya mampu buat. Semoga Rahman dan isteri bahagia hingga ke syurga aamiin
"Saya ingat kes ini, masya-ALLAH sudah kawin. Semoga bahagia dunia akhirat!"
"Selamat pengantin baru, moga sentiasa dimurahkan rezeki seluas langit-NYA. Al Fatihah buat arwah sekeluarga."

Tidak kurang beberapa warganet yang berkongsi foto bapanya, Allahyarham Amir Ruddin Ismail pernah menjadi jurunikah.
SinarPlus terdahulu berkongsi perkahwinan Rahman bersama wanita pilihannya, Wahidatul Imtiyazzah pada Disember lalu.

Imbas kembali, kemalangan yang menimpa meragut nyawa enam sekeluarga iaitu bapa Amir Ruddin, ibu, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, mengejutkan rakyat Malaysia.
Mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar ibu, Allahyarham Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdul Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.
Seorang lagi adik lelaki bernama Abdullah, 17, terselamat namun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, usus dan paru-paru.
https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/kisah-masyarakat/tular-kemalangan-ragut-6-nyawa-takdir-hadirkan-bahagia-abdul-rahman-selamat-bergelar-suami-pada-usia-21-tahun
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
