Dini Schatzmann tidak tolak dakwaan bakal berkahwin
PELAKON kacak, Dini Schatzmann tidak menolak dakwaan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga aktres, Janna Nick dalam masa terdekat.
Bagaimanapun apabila ditanya kebenaran tarikh 10 Jun yang dipilih menjadi tarikh istimewa mereka, pelakon berdarah campuran itu meminta semua pihak menanti kesahihannya.
Baca juga Dini Schatzmann taruhan utama Sepi Itu Pasti
“Iya ke 10 Jun? Saya tak tahu. Kalau apa yang mereka (sumber) cakap itu betul, maka betullah. Kalau tak betul, maka tak akan ada apa-apa selepas tarikh itu nanti.
“Kalau benar akan terjadi, kami akan kongsikan dengan semua orang. Jika tidak, ia tidak akan terjadi” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran poster filem dan trailer Malbatt : Misi Bakara di GSC MidValley Megamall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah jejaka berusia 29 tahun itu, kisah perkahwinan ini sudah diperkatakan sejak empat tahun lalu dan dia sama sekali tidak terkejut dengan desas-desus tersebut.

Bahkan selepas empat tahun menjalinkan hubungan istimewa, Dini mengakui sudah bersedia membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius.
“Saya faham sebab saya dan Janna under spotlight (dikenali ramai), jadi bila ada khabar angin mengenai perkahwinan kami, ibarat api kecil boleh marak cepat di dalam industri.
“Perancangan perkahwinan semestinya sebab takkan kita nak berada dalam hubungan main-main. Insya-ALLAH sebab saya tak nak lama sangat bercinta. Kami nak ke arah yang lebih baik,“ ujarnya.
Baca juga Shila Amzah, Ubai selamat bertunang
Dini dan Janna menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!