SEJAK semalam, nama Siti Elizad menjadi perhatian ramai setelah pelakon dan pengacara itu mendedahkan komen seorang individu yang menuduhnya mandul dan tidak solat.

Dalam perkongsian itu, ramai rakan selebriti memberi sokongan moral kepada Elizad dan tidak kurang juga yang berkongsi sikap sebenar figura berusia 37 tahun itu ketika di lokasi penggambaran.

“Apa yang saya beritahu ini adalah benda betul yang saya nampak depan mata, saya tak cakap benda yang saya tak nampak dengan mata sendiri.

“Setiap kali penggambaran, bila tiba waktu solat, saya mesti jumpa Elizad dah siap berwudhuk atau sedang bentang sejadah untuk solat.

“Saya nampak sendiri depan mata, dan saya tengok perkara ni bukan sekali. Pada pandangan saya, jangan anggap semua wanita yang tak bertudung itu tidak mendirikan solat,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Bujang Tampan Selamba yang diadakan secara maya pada Khamis.

Hafidz memberitahu Elizad adalah wanita yang menjaga solat apabila berada di lokasi penggambaran.

Terdahulu, pelakon Elizad meluahkan rasa sedih apabila ada seorang individu bertindak menghinanya dengan menuduh dia sebagai mandul, tidak solat dan tidak menutup aurat dengan sempurna.

Iklan

BERITA BERKAITAN Bila Awak Menggunakan Perkataan Mandul, Ia Sangat Menyakitkan Saya – Siti Elizad Buat Laporan Polis

Iklan

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada 27 Oktober tahun lalu namun mengalami keguguran sebulan kemudian.

Dia mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.