SEBUT sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai mengenali penyanyi bersuara lunak ini. Berkecimpung dalam bidang muzik sejak berusia 16 tahun, beliau juga terkenal ramai dengan sifat yang rendah diri.

Baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan pertemuan penyanyi berusia 45 tahun itu bertemu dengan aktivis masyarakat dan bekas penyanyi, Mizz Nina. Video berdurasi 35 saat itu memaparkan pertemuan mereka yang mesra.

Baca juga: [VIDEO] Rupanya bayi lelaki Tok Ti kembar Aafiyah,  embrioyang terjadi pada hari yang sama

Baca juga: Aksi Aafiyah cium perut Siti, cetus spekulasi ramai

Baca juga: “Ya, siapa yang kahwin tak nak anak, bukan? Cik Puan Syamim tak tolak guna kaedah IVF

Bertanya khabar antara satu sama lain, kedua-duanya tidak sangka akan bertemu dalam sebuah acara di samping mengakui masing-masing sibuk dan saling mengikuti perkembangan menerusi laman sosial Instagram.

Dalam pertemuan singkat, Mizz Nina mendoakan agar persembahan Siti berjalan lancar.

“So all the best for tonight, you are going to be singing,” tutur Mizz Nina.

Tidak pasti topik yang dibualkan, Siti yang prihatin mendoakan isteri kepada Essam Muhammad itu.

“Akan Kak Iti doakan untuk Mizz Nina ok. Pasti ALLAH akan bagi, insya-ALLAH

“Don’t give up ok,” titip Siti sambil diaminkan oleh Mizz Nina.

Baca juga: Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa

Baca juga: Mizz Nina ibu angkat sah, miliki dokumen tidak tertulis nama Noh, dedah Musa trauma

Iklan

Baca juga: “Mari kita pulang ke rumah, jumpa kakak Aafiyah.” Tokti sudah keluar hospital

Terdahulu, Siti mengaku menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya dan hamil selepas 11 tahun berkahwin.

Pernah keguguran pada November 2015 selepas rawatan IVF, Siti dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Siti kemudian melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa, pada 19 April 2021 selepas menjalani rawatan yang sama.

Iklan

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!