Drama menarik TV3 kini boleh ditonton di Viu

Hati Yang Tersakiti & Lelaki Lingkungan Cinta
Hati Yang Tersakiti & Lelaki Lingkungan Cinta
A
A
A

PRIMEWORKS Studios dan peneraju perkhidmatan penstriman video OTT serantau, Viu tampil berkolaboratif menerusi kerjasama perkongsian kandungan.

Kolaboratif tersebut bakal menyaksikan dua drama Melayu yang mendapat kedudukan teratas di TV3 masa kini, akan turut disiarkan di platform penstriman video popular itu.

Drama Hati Yang Tersakiti menerusi 15 episodnya yang bersiaran di slot Samarinda turut boleh ditonton di Viu secara percuma dan eksklusif bermula 15 Oktober lalu hingga 10 November depan.

Barisan pelakon yang membintangi drama itu terdiri daripada Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana.

Manakala kesemua 13 episod drama Lelaki Lingkungan Cinta lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani dan Shalma Eliana dari slot Lestary pula boleh ditonton di Viu bermula 21 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, kerjasama tersebut merupakan satu kejayaan besar buat mereka.

“Kerjasama seperti ini sangat penting supaya kami dapat mengikuti perubahan kehendak, citarasa dan aliran penonton masa kini serta secara tidak langsung membolehkan kami berkembang dan menjejak khalayak baru yang berpotensi,” ujarnya.

Platform Viu boleh dilanggan untuk menonton pelbagai rancangan premium tanpa iklan dari Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara-negara Asia yang lain.

 

(FOTO: Primeworks Studios)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca