‘Dulu rindu terus daftar, cari hotel & tiket penerbangan.’ Siti Nurhaliza luah rasa hati tak dapat tunai umrah tahun ini

KEDATANGAN bulan Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran.

Ada yang mengambil kesempatan mengerjakan umrah pada bulan penuh mulia ini.  Inilah peluang untuk melipat gandakan pahala dan amal ibadat kita.

Antaranya termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Baca ni Rosyam Nor pernah ditawar watak jadi hero, tapi produksi batalkan saat akhir. Ini reaksi beliau…

Pernah sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi rasa hati sehingga mengalirkan air mata terharu lantaran berpeluang mengerjakan umrah seperti orang biasa dan bebas duduk bersama yang lain tanpa dikenali ramai.

Pada pertemuan penulis dengannya baru-baru ini, beliau yang mesra disapa TokTi turut menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sekali lagi.

Pun begitu, isteri kesayangan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa itu mengakui tidak berpeluang berbuat demikian pada tahun ini.

Baca ni ‘Lawanya rumah, ingat dekat luar negara.’ Isteri Rahim Sepahtu kongsi gambar rumah, siap ada mini golf bikin ramai teruja!

“Rindu teringat nak ke sana (Makkah) memang ada lebih-lebih lagi bulan Ramadan. Cuma situasi sekarang tidak membolehkan saya berbuat demikian.

“Pertama, kerja banyak dan yang kedua nak bawa anak-anak pun suami cakap mereka terutama Afwa masih kecil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis sidang media Konsert Satu Suara Volume 3 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tahun lepas, Tok Ti ke Tanah Suci bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Akui pelantun lagu Lip Lap Raya itu lagi, sebelum ini dek rindu mahu mengerjakan umrah, beliau terus mendaftarkan diri dan membuat tempahan hotel sendiri.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

“Kita menjadi tetamu-NYA atas jemputan. Seperti tahun lepas, seminggu selepas berpuasa terasa rindu nak ke tanah suci. Jadi saya terus daftar, cari hotel di Mekah dan Madinah dan juga tiket penerbangan walaupun last minute dan harga pun murah.

“Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya. Cuma tahun ini tak pasti lagi. Lagipun tahun lepas tinggalkan anak-anak, Afwa demam. Banyak yang kena fikirkan jika nak bawa anak-anak travel,” ujar Siti Nurhaliza.

SERING DIPERBANDINGKAN

Iklan

Sementara itu, mengenai Konsert Satu Suara Volume 3 anjuran Yayasan Nurjiwa yang bakal berlangsung pada 13 Mei depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, Tok Ti berkata, ia bakal menampilkan dua artis jemputan dari era yang berbeza iaitu Jay Jay dan Ernie Zakri.

Konsert itu antara lain bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan, kebajikan, bencana alam dan pembiayaan sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.

Baca ni ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

“Inilah matlamat saya sekarang (konsert) untuk mengembalikan kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Sebelum ini, ramai terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Kini ALLAH buka banyak rezeki kepada kita anak-anak seni. Banyak penganjuran konsert yang sudah boleh dibuat dan anak seni sudah boleh cari makan,” ujar pengasas Yayasan Nurjiwa itu.

Iklan

Mengulas lanjut berkenaan isu sering diperbandingkan dengan selebriti lain apabila mengadakan konsert, ini jawapan padu tuan punya badan:

Konsert anjuran Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Siti Nurhaliza Production (SNP) bakal menyaksikan Siti berkolaborasi dengan dua penyanyi hebat iaitu Jay Jay dan Ernie Zakri serta Pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

“Saya pun tak faham kenapa perlu berlaku sedemikian kerana matlamat saya adalah untuk menghiburkan, memberi semula kepada masyarakat. Contohnya, apa yang Yayasan Nurjiwa buat dari dahulu hingga sekarang untuk mendapatkan dana.

“Semua yang saya lakukan atas dasar kerja dan permintaan peminat. Sepatutnya kita lebih kepada saling menghargai walau punya minat yang berbeza. Ini yang saya mahukan.”

Tegas anak kelahiran Kuala Lipis itu lagi, penganjuran konsert seharusnya dijadikan tempat berkumpul untuk meraikan, bukan melihat siapa yang lebih bagus atau siapa yang tidak bagus.

Sumber Gambar: Instagram ctdk 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.