Dusta Cinta, Elly Mazlein beri kepercayaan pada Aina Abdul

Elly Mazlein
Elly Mazlein
A
A
A

MESKIPUN kini lebih dikenali sebagai pelakon, pengacara dan pelawak, Elly Mazlein tidak pernah melupakan dunia nyanyian yang membuka langkah pertamanya dalam bidang seni.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, memulakan kerjaya nyanyian lebih dua dekad lalu dan pernah menghasilkan empat album studio.

Ia terdiri daripada Sutera Kasih yang diterbitkan pada 1997, Satu Persatu (1999), Elly (2001) dan Atas Nama Cinta (2003).

Selepas kali terakhir muncul dengan single solo, Jeritan Hati, tiga tahun lalu, Elly kini kembali dengan karya terbaharu, Dusta Cinta, ciptaan Aina Abdul dan lirik tulisan Wan Zakaria.

Tambahnya lagi, pemilihan karya tulisan Aina itu adalah disebabkan keyakinannya terhadap bakat yang dimiliki penyanyi itu.

“Bagi saya, Aina seorang yang sangat kreatif dan luar biasa, malah setiap karya sentuhannya begitu berbisa termasuk lagu nyanyiannya sendiri.

“Saya juga mengharapkan tuah sama menyebelahi saya dan tidak salah memberikan kepercayaan kepadanya untuk hasilkan single baharu ini.

“Saya mengenali bakat Aina dan yakin dengan kemampuannya untuk menghasilkan karya terbaik,” ujarnya turut berkolaboratif bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana, menerusi lagu duet, 4 Dara 2020, baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang single terbaharunya itu, Elly menolak anggapan yang mengatakan kisah disampaikan dalam Dusta Cinta mempunyai kaitan dengan pengalaman hidupnya sendiri.

“Saya hanya bertindak sebagai pencerita kepada sebuah kisah cinta yang disulami dengan kecurangan.

“Ia tidak merujuk kepada sesiapa, sebaliknya menyentuh soal biasa dalam sesuatu hubungan cinta,” jelasnya.

Single Dusta Cinta kini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Itunes, Apple Music, KKbox, Spotify, Joox dan Deezer. Manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran rasmi YouTube Life Records.

 

(FOTO: Life Records)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca