SETELAH tiga tahun menyulam cinta, pelakon dan komposer, Aizat Amdan, sah bergelar suami kepada pengurusnya, Elyssa Alia Ilias, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan secara sederhana yang diadakan di A-Park, Puchong, pada Ahad.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.

AIZAT-ELYSSA

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang tetamu itu, Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 33, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, bersama tiga dulang hantaran manakala Elyssa, 34, membalas lima dulang.

Bagaimanapun, pasangan itu memutuskan untuk merahsiakan mengenai jumlah wang hantaran.

Penyanyi yang mula hits dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sama seperti pasangan lainnya yang baru mendirikan rumah tangga, tiada apa yang diharapkan selain perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, ini satu permulaan baharu buat kami. Satu fasa baharu untuk kami dan saya tak boleh fikir diri saya saja untuk perancangan selepas ini. Contohnya saya kena minta nasihat dan pandangan isteri juga untuk perjalanan seni saya selepas ini.

Iklan

AIZAT-ELYSSA

“Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua,” katanya.

Iklan

Terdahulu, Aizat sempat melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan buat isterinya.

Berita selanjutnya dalam akhbar Sinar Harian…