Emma Maembong dan suami positif Covid-19, anak negatif
PELAKON Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan psoitif Covid-19, manakala anaknya, Shariq Gabriel, dua bulan negatif.
Berita itu dikongsikan sendiri Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 29, menerusi akaun Instagramnya.
Menurut Emma, dia tidak mengalami sebarang simptom dan hanya mengetahui positif virus itu setelah menjalani ujian calitan (swab test) di rumahnya baru-baru ini.
“Buat swab test di rumah bersama Kumpulan Megaklinik Zahran. Sangat bagus dan profesional. Mereka datang ke rumah kami dan buat ujian,
“Saya tiada sebarang simptom tetapi keputusan ujian yang diperoleh selepas itu menunjukkan saya positif,” ujarnya.
Emma turut menasihati orang ramai untuk turut sama menjalani ujian bagi mengetahui individu itu berada dalam keadaan baik atau tidak.
“Walaupun rasa sihat, buat je swab test sebab kita tak tahu jika kita ada (positif Covid-19) ke tak.
“Tolong jaga diri dan ikut SOP (prosuder operasi standard). Selamat menjalani kuarantin untuk saya,” katanya yang turut berkongsi video ketika menjalani ujian itu di rumah.
Emma juga turut berkongsi video menjalani ujian itu menerusi akaun Instagram anaknya itu.
Dia yang kelihatan resah dan menangis bagaimanapun memuji anaknya itu yang tidak menangis ketika ujian di buat.
View this post on Instagram
Rata-rata rakan artis dan peminat turut mendoakan Emma dan suaminya cepat sembuh.
BACA JUGA : Rea (Kool FM), suami dan anak positif Covid-19
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang