Rakan perniagaan kini suami, Suliza Salam kembali bergelar isteri. Ismail Izzani terima bapa tiri

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI era 1980-an, Suliza Salam, 59, kembali bergelar isteri.

Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani itu sah menjadi suri hati ahli perniagaan, Ismail A Ahmad dalam ijab kabul yang diadakan di kediamannya di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

No Image Caption

Majlis pernikahan pasangan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri saudara-mara dan rakan terdekat kedua-dua mempelai.

Pelantun lagu Untuk Sekali Lagi itu sempat berkongsi kesungguhan suaminya memenangi hati membuatkan timbul keputusan untuk kembali berumahtangga.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kami sudah lama berkenalan dan dia adalah rakan perniagaan saya. Dia kenal anak-anak dan cucu serta saya juga kenal anak-anaknya.

"Keputusan berkahwin hanya dibuat selepas mendapat restu anak-anak dan saudara mara kedua-dua pihak.

"Kata mereka benda baik tidak perlu nak tangguh. Lagipun, tak manis kalau orang lihat kami ke sana sini tanpa ikatan sah. Justeru, dengan restu diberi, kami mengambil keputusan menghalalkan hubungan ini," katanya.

No Image Caption

Sekadar info, Suliza terdahulu berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991 dan telah berpisah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang