'Mummy sudah cukup untuk Rayyan & Arjuna.' Anak enggan Rita Rudaini kahwin lagi

No Image Caption
A
A
A

HIDUP bertiga bersama ibu tersayang, anak-anak pelakon Rita Rudaini sudah selesa tanpa bapa. Malah dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna melarang aktres itu kembali mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh mereka menerusi siaran langsung TikTok sekali gus menjawab pertanyaan netizen sekiranya Rita berkahwin lagi.

No Image Caption

"Tak payah! Mummy tak payah kahwin lagi. Sebab Mummy sudah cukup untuk Rayyan dan Arjuna," katanya.

Rita yang kelihatan sebak dengan kata-kata tersebut berharap warga maya memahami jawapan yang diberikan anak-anaknya.

Pelakon Mami Jarun Junior itu juga memberitahu tidak akan kembali berumah tangga memandangkan sudah selesa bergelar ibu tunggal.

Lebih mencuri perhatian, Rita segera memeluk anak-anaknya sehingga menimbulkan suasana yang mengundang air mata.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Dengar itu Mummy sudah cukup untuk mereka berdua, terima kasih!

"Mummy tak akan kahwinlah, sebab Mummy nak duduk dengan Rayyan dan adik," luahnya.

Sekadar info Rayyan dan Arjuna adalah anak daripada perkongsian hidup Rita dengan bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Mereka berkahwin pada 2008, namun bercerai talak satu pada September 2013.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang