TikToker terkenal Khaby Lame tunai umrah. 'Terima kasih ALLAH kerana menjadi satu-satunya harapanku"
SIAPA tidak kenal dengan pempenaruh Khaby Lame. Personaliti yang terkenal dengan video mimik muka dan reaksi asal Senegal yag dibesarkan di Itali itu kini di Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.
Menerusi hantaran terbaru dimuat Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame yang lengkap memakai ihram sempat merakamkan foto di hadapan Kaabah di Makkah.
Menurut Khaby Lame, beliau bersyukur kepada ALLAH SWT kerana telah memberikan kekuatan kepada dirinya untuk terus berusaha dan mengejar impian hidup.
"Saya telah menghadapi banyak dugaan dalam hidup. Apabila segala-galanya kelihatan mustahil, iman terus menyokong.
"Terima kasih, ALLAH kerana menjadi satu-satunya harapan saya," kongsinya di Instagram.
Siapa sangka individu yang sering membuat warga maya terhibur ini merupakan seorang Muslim dan hafiz Al-Quran.
Menurut The Islamic Information, Khaby yang menetap di Itali sejak berumur setahun dihantar keluarga ke Dakar, Senegal bagi mendalami agama pada usia 14 tahun seterusnya menghafal al-Quran di sana.
Personaliti berusia 24 tahunitu juga aktif berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat P4lestin menerusi laman sosialnya.
Imbas kembali, Khabi benr-benar 'meletup' ketika pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Idea menghasilkan video dengan menggunakan mimik muka dan pergerakan badan tercetus ketika beliau terpaksa berhadapan kehilangan pekerjaan.
Kini Khaby memiliki 162.4 juta pengikut di TikTok dari seluruh dunia dan dikenali dengan panggilan 'Charlie Chaplin of TikTok'.
Sumber: Instagram, The Islamic Information
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang