Emma Maembong kini ibu kepada anak orang dua, selamat bersalin baby boy. Anak sulungnya, Shariq Gabriel ‘officially’ jadi abang

PELAKON Emma Maembong kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas selamat melahirkan anak keduanya.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram Emma dengan memuat naik sebuah video pendek bersama bayi lelakinya itu.

“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one,” titip suami Emma, Muhammad Shazli Azhar.

Warganay yang teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga pelakon itu menitipkan ucapan tahniah.

– “Awww congrats again mama Emma.”

– “Alhamdulillah congratulations Emma and Shazli.”

– “Alhamdulillah tahniah..sedapnya bau baby.”

– “Alhamdulilah syukur kepada ALLAH. Tahniah Emma dan suami.”

– “Allahumma barik Shazli and family!”

– “Syukur Alhamdulillah, tahniah Emma! Semoga membesar menjadi anak soleh buat ibu dan bapa.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazli (@shazli.a)

Baca juga: ‘Syukur Alhamdullilah.’ Emma Maembong hamil anak kedua buat kejutan untuk suami, Shariq bakal jadi abang

Pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Iklan

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini Emma pernah berkongsi suaminya mahukan empat cahaya mata lelaki semasa acara ‘gender reveal’ bayinya itu.

“My pregnancy this time lain dari my first. Ramai ingat girl. Actually saya pun ingat girl haha) but Alhamdullilah another boy . Shariq ada geng pecah barang rumah hahah.

“Suami memang harapkan another boy. Dia kata nak empat boy,” titip Emma

Iklan

Tahniah buat Emma dan suami atas kelahiran anak kedua daripada kami di SinarPlus.

Baca juga: Anak Emma Maembong gigit tangan Chacha menjerit, rupanya fasa normal kanak-kanak 1 hingga 3 tahun

Sumber: Instagram Emma Maembong

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.