OLEH: Aqmar Mustaza

PENYANYI Fareez Fauzi selamat melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Nurwathiqah Abdul Wahab, 22, di Seri Menanti, Negeri Sembilan, pagi Ahad.

Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan, Fareez, 23, sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz yang disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan.

Fareez Fauzi selamat bergelar suami

Fareez yang juga juara Mentor Milenia (2016) dan anak kepada aktor Fauzi Nawawi menyerahkan mas kahwin RM200 serta lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Baca juga Syafie Naswip belum puas berkarya, kerjaya & keluarga jadi keutamaan

Iklan

Terdahulu, Fareez yang sudah tujuh tahun bercinta dengan Tyqa selamat melangsungkan pertunangan pada 12 September lalu.

Fareez Fauzi selamat bergelar suami

Iklan

Sumber : Harian Metro