AKTRES Fazura terharu menerima kurniaan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berupa sebuah potret beliau sekeluarga.

Fazura menzahirkan rasa teruja menerusi laman sosial Instagram berkongsi paparan foto di laman sosial Instagram.

Baca juga: Fazura berbesar hati Permaisuri Selangor pakai tudung jenamanya RM27, warganet mula cari buat koleksi

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini.

“Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya,” titip Fazura.

Ini bukan kali pertama Fazura menerima kurniaan daripada Tengku Permaisuri Norashikin. Terdahulu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin pernah menerima beberapa keping syiling emas dan naskhah buku keagamaan.

Baca juga: Fazura terima hadiah istimewa dari Tengku Permaisuri Selangor

Tidak hanya itu, keakraban Tengku Permaisuri Selangor turut mengurniakan hadiah seutas rantai beserta loket berlian buat anak Fazura, Nur Fatima Aisya.

Baca juga: Fazura teruja, anak terima hadiah rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Norashikin

Para peminat teruja dengan perkongsian Fazura. Malah ramai yang tertarik dengan penampilan beliau berbaju kurung moden ungu cair.

Tidak kurang terhibur dengan keletah Fatima ketika menuruni tangga.

-“Lawanya Fazura. Sopan dan sungguh anggun.”

Iklan

-“Alahaiii bertuahnya. Comel Fatima.”

-“Everything about all you three are classy and beautiful.”

-“ Cantiknya baju Fazura.”

-“Masya-ALLAH Fatima pandai dia mengira ya.”

Iklan

-“Clever girl Fatima.”

Sumber dan kredit foto: Instagram @missfazura

Baca juga: Fazura menitiskan air mata 80,000 tudung habis dalam 2 jam, anggaran jualan RM2.16 juta

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan