Fizo Omar timang anak perempuan ketiga

A
A
A

PELAKON dan usahawan, Fizo Omar berkongsi khabar gembira apabila menimang cahaya mata ketiga pada petang Jumaat di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak mereka yang juga bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.57 petang.

“Syukur ya Allah SWT, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di bilik bersalin untuk melahirkan secara normal,” katanya.

“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar daripada rahim ibunya,” kongsinya menerusi Instagram.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Khaleeda pada Jun tahun lalu.

Keluarga bahagia Fizo.

Sebelum itu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Marya, 6 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca