DEMI keterampilan dalam sesebuah watak, pelakon versatile, Nabila Huda sanggup mengeluarkan ‘bajet sendiri’ sehingga RM18,000 bagi menjayakannya.

Nabila, 40 berkata, sifat bersungguh-sungguh bagi memainkan karakter itu membuatkan dirinya tidak berkira untuk berbelanja besar kerana mahu memberikan impak yang terbaik kepada penonton.

“Kos pakaian yang paling tinggi adalah ketika penggambaraan.

“Saya pernah berlakon dalam drama 80 episod. Episod 1 hingga 10, penggambaraan dalam tempoh sebulan dan saya habiskan RM15,000 hingga RM18,000 untuk pakaian.

“Habis duit semua, tetapi saya percayakan rezeki. Yang penting, kita puas hati demi menghasilkan sesuatu watak yang bagus,” katanya kepada Sinar Plus.

Baca juga: Bayi perempuan lahir tanpa mata, ibu bapa terkejut anak hidap penyakit genetik jarang berlaku

Berikutan itu, tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, beliau kini jarang mengambil lakonan untuk drama dan memegang watak utama kerana sukar mengawal ‘kesungguhannya’ dalam bekerja.

“Tak sanggup dah nak menolak perangai bersungguh-sungguh (keluarkan duit untuk tampil sempurna dalam karakter),” ujarnya.

Baca juga:Kecil hati perangai anak, wanita ini ubah wasiat, jadikan kucing dan anjing pewaris RM13.2 juta

Sementara itu, Nabila memaklumkan akan berhijrah ke Singapura selama tiga bulan untuk pementasan Ekamatra.

“Kenapa saya setuju dengan tawaran berkenaan kerana teringin nak merasai pengalaman bekerja dengan produksi luar dengan pentas berprestij.

Iklan

“Nak rasa vibe bekerja di sana sebab tak pernah lagi. Alhamdulillah apabila mereka memanggil saya, terus cakap ‘yes’. Lagipun, negara itu adalah kampung suami saya jadi tiada masalah,” ujarnya.

Untuk rekod, Nabila dan Mohd Izwan Johar mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama.

Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 14 tahun hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008. 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!