PELAKON yang juga bintang kelahiran Singapura, Hannah Delisha akhirnya membuka mulut dan memohon maaf di atas segala cerita mengenai dirinya sejak beberapa hari ini.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya annah Adlina Blackburne Birch, 25, sama seperti orang lain, dia juga mempunyai masalah peribadi sendiri.

Justeru pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu memohon maaf di atas perhatian yang tidak diingini terhadapnya ketika ini.

“Saya mohon maaf dengan perhatian yang tidak dijangka terhadap saya kini. Ya, seperti anda semua, saya juga mempunyai masalah peribadi sendiri.

“Saya minta maaf kerana ia sudah diketahui umum sekarang,” ujarnya menerusi Instagram miliknya.

Tambah Hannah, sejak awal penglibatannya dalam industry seni, dia cuba menjauhi segala gossip dan membawa nama negaranya dengan bermaruah.

Dia juga berharap diberi ruang privasi ketika melalui dugaan yang tidak terjangka ini.

“Ketika awal menjejakkan kaki dalam industri ini, tujuan utama saya adalah untuk menghiburkan anda menerusi kerja saya dan bukannya disebabkan oleh kehidupan peribadi.

“Saya cuba menjauhi segala gosip sebaik mungkin dan membawa nama negara saya dengan bermaruah. Dan saya berharap agar dapat terus melalui laluan itu. Insya-ALLAH.

Iklan

“Sekali lagi, saya mohon maaf atas cerita kurang enak mengenai saya dan keluarga.

“Anda semua layak menerima yang lebih baik daripada saya. Apa yang saya harap ialah doa daripada kalian dan privasi ketika melalui dugaan ini,” luahnya.

Iklan
Ibu mertua Hannah, Mariana Yati banyak memberi sokongan dan dorongan terhadap menantu dan anaknya, Imam Shah dalam mengharungi dugaan ini.

Nama Hannah mula menjadi perhatian setelah ibunya Noor Ashikin didakwa tidak merestui perkahwinan tersebut.

Tidak berakhir di situ pasangan itu dikatakan sudah berkahwin sejak setahun lalu dan hanya berkongsi perkara itu pada 18 Februari lalu.

Berita Berkaitan Benarkah Hannah, Imam Nikah Tahun Lalu?