PELAKON dan pengacara Irma Hasmie menjadi perhatian ramai susulan berita perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer Radzuan dengan seorang wanita dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

Laman sosial selebriti berusia 42 tahun itu menjadi tumpuan warga maya memberikan sokongan dan semangat.

Baca juga: Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula

Biarpun tiada hantaran terbaru mengenai hal tersebut, rata-rata mahu aktivis kemanusian berkenaan ‘move on’ dan terus bertabah menghadapi hari-hari mendatang. Ujar mereka;

“Salam Kak Irma yang cantik, solehah, sopan santun dan sempurna menutup aurat. You are such a great woman and you deserve better man. Semoga ALLAH naikkan drajat Kak Irma,” titip Penelope.

“To Sis Irma, saya peminat sejak akak bujang lagi. Saya doakan berkat kesabaran dan ketabahan, Kak Irma diangkat darjat dan dipertemukan jodoh yang baik dan menghargai aakk dan anak-anak,” kongsi Nurul Atikah.

“Wanita yang baik untuk lelaki baik. You deserve someone better. My prayers for you,” ujar Emma Elias.

“Keep flying babe… chin up and fly higher supermom!” kata Jasney Nad.

Baca juga: ‘Didikan baik seorang ibu.’ Anak Irma Hasmie hadiah kad, ucapan istimewa sempena hari lahir ayahnya raih pujian. Sweet betul!

Baca ni Syukur sempat raya bersama, ucapan Hari Ibu Irma Hasmie buat warganet sebak

Memetik laporan Media Hiburan, pelakon Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai berita itu, Irma sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.

“Mohon doa supaya ALLAH permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-NYA.

“Doakan moga ALLAH beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting ALLAH jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya.

Iklan

Redza terdahulu memuat naik gambar pernikahannya di samping Hafiza dan empat anak mereka.

“Perjalanan baru telah bermula, tumpuan akan menjadi keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.

“Jazakumullahukahir kepada semua atas doa…semoga ALLAH SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin,” titip Redza pada kapsyennya.

Untuk rekod, Irma Hasmie dan Redza diijabkabul berwalikan oleh bapa Irma, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya pada 29 Jun 2012.

Perkahwinan mereka diserikan dengan sepasang cahaya mata iaitu Redza Shah Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Iklan

Irma merupakan antara artis wanita terawal berhijab pada tahun 2011.

Sumber: Media Hiburan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!