KELIBAT pelakon dan hos Irma Hasmie seolah-olah hilang dari radar industri seni buat seketika.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Irma Hasmie Ibrahim itu masih aktif berkongsi foto anak-anak dan perkembangan aktiviti seni menerusi media sosial miliknya.

Terbaharu, suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan kad ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya.

Baca ni Syukur sempat raya bersama, ucapan Hari Ibu Irma Hasmie buat warganet sebak

redza

Kad tersebut dikatakan dibuat khas oleh anak-anaknya. Simple, namun menarik dan kreatif.

Kad buatan tangan tersebut turut terisi dengan ucapan istimewa daripada Redza Syah Irfhan dan adiknya, Irma Nur Naylie.

Redza yang terharu dengan titipan doa tersebut memuat naik ucapan terima kasih atas ingatan anak-anak sempena hari lahirnya.

Baca lagi ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut…’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

kad

“Alhamdulillah. Setiap tahun saya akan mendapat kad ucapan buatan tangan ini. Sangat prihatin dan daddy cukup menghargainya abang Irfhan dan kakak Naylie. Jazakumullahukhair. Terima kasih kamu berdua,” ujar Redza dalam kapsyennya.

 

TITIP DOA
Menerusi kad tersebut, Naylie menitipkan doa dan melukis gambar kek khas untuk daddy kesayangannya itu.

“Selamat hari jadi. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu daddy. Naylie minta maaf kalau ada buat salah,” demikian ucapan daripada anak perempuannya, Naylie.

Baca lagi Bimbang keadaan anak-anak angkat di Sekolah Afwa Al Afiyah, Gaza, Siti Nurhaliza mohon doa

kad

Sementara itu, Irfan pula memberikan ucapan ringkas. Menariknya, beliau memasukkan bersama sekeping coklat khas buat daddynya.

kad

“Selamat hari jadi daddy. Terima kasih ambil berat tentang saya, belikan apa yang saya ingini tidak kira murah atau mahal. Saya sayang daddy,” ungkap Irfan.

Baca lagi ‘Lebatnya rambut Aishah, comel. Muka iras ibu & bapa ni.’ Percutian Wany Hasrita sekeluarga raih perhatian ramai

Iklan

kad

Pemberian penuh makna itu membuatkan ramai yang terharu dan kagum dengan didikan yang diberikan Irma kepada anak-anaknya.

Berikut beberapa komen daripada warga maya:

‘Alhamdulillah. Didikan yang baik daripada seorang ibu. Hargailah mereka yang telah penat melahirkan, menjaga dan mendidik anak kita.

‘Memang sangat berharga. Saya ada fail yang menyimpan semua pemberian empat anak. Dapat tengok siapa yang kreatif, tetapi semuanya istimewa.’

‘Sama macam anak saya, ayatnya kadangkala buat kita menangis.

Iklan

‘Didikan yang baik daripada seorang ibu.

‘Alhamdulillah, sweetnya anak-anak.

Sumber: Instagram redzasyahazmeer

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang