PENGACARA dan pelakon Irma Hasmie baharu sahaja kehilangan ibu tercinta pada 27 April yang lalu.

Sempena Hari Ibu baru-baru ini, Irma menitipkan ucapan buat bonda tercinta, Allahyarham Ropitah Robiah yang meninggal dunia akibat kanser.

Pengacara TV Alhijrah itu menitipkan syukur sempat merakamkan momen berhari raya bersama sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 6 Syawal.

Baca juga: “Hari ini genap seminggu pemergian mama” – Ibu meninggal dunia 6 Syawal lalu, Irma Hasmie luah rasa rindu

“Merakam gambar terakhir kami anak beranak bersama pada hari raya pertama kami di hospital.

“Waktu tu mama dah lemah tapi tetap meraikan Aidilfitri dengan persalinan khas meraikan sunnah Rasulullah SAW.

“Mama, kau telah melahirkanku dengan bertaruh nyawa.

“Jasamu tak akan pernah bisa terbalas namun aku akan berusaha menjadi anak kebanggaanmu.

“Setiap zikir, selawat dan setiap amalanku adalah hadiah untukmu. Ku akan selalu mendoakan dan menyayangimu Selamat hari ibu, 15. 03. 1956 – 27. 04. 2023,” titip Irma.

Bac juga: Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia selepas bertarung kanser limfoma

Difahamkan, ibu Irma menghidap kanser uterus sejak setahun lalu.

Kanser berkenaan telah merebak ke bahagian organ lain termasuk paru-paru dan hati. Susulan itu, arwah juga telah menjalani pembedahan.

Warganet memberikan kata-kata semangat Irma agar terus kuat menghadapi kehilangan.

-“Moga ALLAH berikan kekuatan buat Irma dalam menempuh kehilangan yang tiada pengganti dan kerinduan tiada henti ini, al-Fatihah buat ibu Irma….”

Iklan

-“Innalillahi wainna ilaihi rojiuunn… salam takziah buat Irma dan seluruh keluarga.”

-“Merindui yang sudah tiada tidak dapat digambarkan sebaknya hati. Yang sudah melalui sahaja tahu. Semoga kita semua dapat berjumpa di syurga ALLAH.”

– “Bekas guru saya, Puan Ropitah. Semoga arwah dimasukan ke janatul firdaus MU Ya ALLAH, tanpa dihisab dan diazab.”

Terdahulu, bapa Irma, Ibrahim Othman meninggal dunia pada tahun 2016 akibat kanser limfoma.

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Iklan

Baca juga: Bukan lagi wanita menopaus, kaum hawa bawah umur 50 tahun dikesan hidap kanser rahim. Ini punca-puncanya

Sumber: Instagram Irma Hasmie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi