PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi memuat naik video beliau sedang memanah sambil menunggang kuda bersama adiknya, Hazwani Helmi.

Video itu mendapat pujian ramai warga maya malah ramai berasa kagum dengan dua beradik ini kerana cukup berani menunggang kuda sambil memanah.

Daripada video tersebut memang nampak jelas Heliza cukup mahir memanah sambil menunggang kuda. Seperti yang kita ketahui, aktiviti memanah dan menunggang kuda merupakan antara sukan Sunnah yang dituntut untuk umat Islam menguasainya.

Baca juga: ‘Panggil kak Ja saja…’ – Heliza Helmi terbuka tanpa gelaran Datin Seri

Menunggang kuda dan memanah boleh dikategorikan antara aktiviti lasak yang dimonopoli golongan lelaki kerana aktiviti ini menuntut keberanian dan kemahiran yang tinggi. Bagaimanapun kini tidak lagi. Aktiviti sukan lasak ini mula digemari dan menjadi pilihan wanita sebagai aktiviti riadah dan sukan.

Heliza yang menggemari sesuatu yang mencabar dipuji warga maya kerana masih mampu menutup auratnya dengan sempurna meskipun sedang melakukan aktiviti sukan lasak.

Melalui kapsyen yang ditulis oleh Heliza, beliau memohon orang ramai mendoakan beliau dan adiknya, Hazwani Helmi berjaya menjadi seorang srikandi manakala suaminya, Dato’ Sri Mahadi menjadi seorang ‘srikanda’ diredai ALLAH SWT.

Baca juga: Warga maya puji majlis resepsi Heliza Helmi tenang, sejuk mata memandang, ada sesi berselawat dan tazkirah

Hantaran tersebut mendapat respon positif daripada warga maya yang rata-rata kagum dengan Heliza. Ujar mereka:

Inilah persiapan srikandi muslimah dikala akhir zaman

Iklan

– “Masya-ALLAH semua aktiviti bersukan itu sunnah Nabi. Meremang bulu roma tengok.”
– “Seperti bidadari besi (Khawla al-Azwar)
– “Alhamdulillah seperti seorang srikandi Islam. Saya doakan. Amin.
– “Masya-ALLAH , Tabarakallah sangat terinspirasi.

Heliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022.

Baca juga: [VIDEO] Pengantin malu-malu kena suap, acara potong pulut kuning Heliza Helmi raih perhatian

Iklan

Sumber: Instagram Heliza Helmi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi