Hidap kanser limfoma tahap 4, doktor ramal Ibnor Riza ada enam bulan untuk hidup
Hidap kanser limfoma tahap 4, doktor ramal Ibnor Riza ada enam bulan untuk hidup
PENYANYI popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, diramal hanya ada enam bulan untuk hidup.
Itu yang dikongsi Ibnor yang juga penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu kepada sebuah portal tempatan baru-baru ini.
Namun ujar Ibnor, dia tidak putus semangat meneruskan ikhtiar melawan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapi.
Ibnor percaya, soal ajal dan maut sudah ditetapkan ALLAH. Justeru, dirinya tidak mahu terus mengalah dan berputus asa, sebaliknya, gagah berjuang untuk hidup.
Ibnor yang menghidap kanser sejak sembilan bulan lalu memberitahu, selagi dirinya mampu berusaha, dia akan terus melawan penyakit itu.
"Kalau hendak difikirkan apa yang doktor cakap, saya ada hanya enam bulan untuk hidup, saya jadi sedih. Doktor berterus-terang selepas rawatan kemoterapi kesembilan, baru-baru ini, gagal.
"Jadi, maknanya saya hanya ada enam bulan untuk hidup. Tetapi saya tidak mahu pegang kata-kata itu. Saya percaya kepada ALLAH. Kanser ini, kita kena lawan.
"Lagipun, saya ada keluarga dan anak. Mereka perlukan saya. Dengan sokongan yang diberi, takkan saya hendak hampakan ramai orang.
"Saya kena kuat walaupun saya tidak sekuat mana pun sekarang ini," katanya.
Baca juga Jantung tidak stabil, Ibnor Riza tangguh pembedahan
Berkongsi tahap kesihatannya sekarang, Ibnor yang tampak lesu dan lemah selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan memberitahu, dia perlu menjaga emosi dan pemakanan bagi mengelakkan tekanan.
"Saya tidak boleh stres. Jika tertekan, kelenjar pada leher akan membengkak. Jadi, saya kena selalu jaga emosi. Sebab itulah, saya mahu cepat lakukan rawatan kemoterapi. Apa yang bahaya sekarang adalah jika sel kanser hampir ke otak.
Baca juga Penyakit datang serentak, Ibnor Riza berdepan ujian berat
"Kalau sel kanser pergi ke otak, tidak boleh buat apa-apa. Kanser saya dalam darah. Kita tidak boleh kawal kanser itu merebak," ujarnya.
Pada 19 Februari lalu, Ibnor disahkan menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain teruk.
Ibnor sah dijangkiti kanser selepas diperiksa doktor susulan bengkak pada leher.
Sumber: Berita Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang