PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah, 4, kini sudah memasuki pra sekolah.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada Isnin, penyanyi Anta Permana itu berkata, Aafiya kelihatan bersemangat dan tidak sabar untuk menjalani hari pertamanya di sekolah.

“Alhamdullillah, hari ini hari pertama Aafiyah masuk pra sekolah. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.

“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Siti mengakui terharu dan sebak melihat anak sulungnya itu sudah melangkah ke alam persekolahan.

“Subhanallah.. sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak nangis, tapi tahan saja..

“Semoga ALLAH SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba ALLAH yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain,” katanya.

Dalam hantaran sama, Siti turut memuat naik gambarnya bersama suami dan Aafiyah ketika menghantar anak sulungnya ke sekolah.

Siti mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang berusia setahun.

(FOTO: INSTAGRAM DS SITI NURHALIZA)

Artikel Menarik