Ibu sahkan Nabil Zamanhuri meninggal akibat serangan jantung. 'Ada plan buat medical check-up tapi tak sempat'

A
A
A

PEMERGIAN penyanyi, Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, 37, amat mengejutkan.

Ibunya, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya itu adalah disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil post mortem yang dilakukan pihak hospital.

Baca juga: Sesak nafas naik tangga 2 tingkat mungkin alami masalah jantung, ini yang anda wajib tahu

Baca juga: Sakit dada sering dikaitkan dengan serangan jantung, tapi ini 10 sebab lain masalah itu mungkin terjadi

Dalam pada itu, Fatimah memberitahu ia juga berkemungkinan berkait dengan stres (tekanan) termasuk cara pemakanan tidak teratur.

“Mungkin dia ada juga stres sedikit... macam cara kita makan, (saya) faham kerja kadang-kadang tak sempat makan.

“Kadang-kadang makan benda yang tidak patut, seperti makan fast food (makanan segera) yang contribute to the lifestyle (menyumbang kepada cara hidup).

"Doktor cakap it’s the lifestyle (ia berkait cara hidup). Benda tu kalau tahu awal boleh dirawat awal. Dia ada plan dah untuk buat medical check-up (pemeriksaan kesihatan) tapi tidak sempat,” katanya.

Baca juga: Sakit jantung: Orang muda tidak terkecuali

Baca juga: Sarjan Faridah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

Pun begitu, Fatimah tetap reda dengan pemergian anak keduanya itu.

Allahyarham Nabil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 6.20 petang

Turut kelihatan di pengebumian Allahyarham Nabil adalah pengacara Nabil Ahmad, penyanyi Datuk Nora Ariffin dan penyanyi Lah Ahmad.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.

Terdahulu, Allahyarham dikatakan mengalami kekejangan selepas selesai menunaikan solat Subuh.

Sementara itu, bapanya, Zamanhuri Kamarudin berkata kepada portal berita, beliau dimaklumkan Allahyarham mungkin mengalami serangan jantung apabila didapati kuku kebiruan.

Nabil merupakan naib juara program realiti, Mentor musim pertama berkerja di Unit Pembangunan Kandungan Bahasa Melayu Astro sejak lima tahun lalu.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca