TELATAH comel Nur Aisywara Nealofa yang merupakan anak bongsu pempengaruh terkenal tanah air, Mua Bellaz ‘mengusik’ dan bermain dengan seekor angsa mencuit hati ramai.

Menerusi rakaman video di Instagram milik muabella_kids, menunjukkan si comel yang mesra disapa Wara itu dengan selamba mendekati haiwan yang sememang ‘digeruni’ untuk memberikannya makanan.

Semua tahu, tidak mudah untuk menghampiri haiwan tersebut kerana sifatnya yang tidak mesra dan suka mengejar serta mematuk sesiapa saja.

Namun sebaliknya terjadi kepada cahaya keempat Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini itu.

Turut disapa dengan panggilan Lopa, si kecil itu nampak gayanya boleh ‘berkawan’ dengan haiwan berkenaan.

Lebih uniknya, angsa tersebut langsung tidak mencederakan kanak-kanak yang bakal menginjak usia dua tahun tidak lama lagi.

Baca juga:Semua lepas; Tip travel Khairul Aming elak makanan dirampas di airport, buat cara ini kastam; imigresen pun happy

Baca juga:Gara-gara penyapu robot & anak terlalu aktif, Yana Samsudin masuk wad diserang Praeklampsia

Malah memberikan respond bunyi dan hanya memerhati gelagat si kecil itu apabila bermain dengannya.

 

Rata-rata pengikut di media sosial itu terkejut dan menyifatkan angsa tersebut ‘rosak’ kerana kebiasaaanya haiwan tersebut tidak suka orang menghampirinya.

Iklan

“Dia boleh berkawan dengan samseng kampung,” kata leeya_labytrinth818.

“Ya ALLAH Wara, pak cik dulu kalau jumpa angsa lari dulu. Ilmu apa Wara guna,” kata asrfn_46.

“Wei angsa ini rosak ke,” kata wanie_3692.

“Elok pula angsa ini, masa aku kecil kau kejar keliling kampung,” kata fiza_ab.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 27,000 tanda suka.

Iklan

Untuk rekod, Bellaz mendirikan rumah tangga bersama Anuar Ahmad. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu  Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Aisywara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang