Impian bergelar ibu bakal jadi kenyataan, Fida Ibrahim kini hamil 6 bulan selepas 2 kali keguguran

“ALHAMDULILLAH, saya sekarang hamil 25 minggu atau enam bulan. Syukur ke hadrat Allah, di atas segala nikmat ini selepas pernah mengalami dua kali keguguran.”

Itu berita gembira yang dikongsi perkongsian pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim, 37, di Intagram semalam.

Rafidah atau mesra dengan panggilan Fida itu berkongsi hasratnya bergelar ibu bakal menjadi kenyataan apabila dia kini hamil 25 minggu atau enam bulan.

“Ketika alami keguguran dulu, ramai yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Terima kasih semua dan saya doakan agar setiap doa kebaikan itu berbalik kepada kalian juga.

“Dalam masa saya gembira menantikan kelahiran anak ini, sebenarnya saya juga sedar betapa cabaran besar dihadapi ibu bapa, terutama tahun depan adalah 100 tahun kejatuhan empayar Islam mengikut sirah,”coretnya.

Dalam masa sama, Fida meluahkan rasa syukur apabila impian dan rezeki untuk memiliki cahaya mata sulung bersama suami, Shahzemir Shahzulkarib, 38, akan dimakbulkan ALLAH dalam beberapa bulan lagi.

Baca juga Fida Ibrahim keguguran, janin 4 bulan disambut atas tapak tangan

Sementara itu, pelakon drama Cinta Tikar Sejadah itu turut berharap semoga anak-anak masa kini dilindungi ALLAH dan membesar dalam didikan ajaran Islam yang sebenar, berikutan situasi sekarang sangat mencabar.

Iklan

“Semoga anak kita semua membesar dalam suasana Islam yang sentiasa di bawah lindungan dan rahmat ALLAH. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, mudah-mudahan kita semua berada dalam golongan manusia taat kepada ALLAH dan Rasul,” katanya.

Baca juga Sempat nikah sebelum PKP 3.0, Rafidah Ibrahim kongsi wajah suami

Untuk makluman, Fida mendirikan rumah tangga dengan Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni, pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!