'Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.' Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

A
A
A

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sebutan pertama penceraian dengan suami, Aliff Aziz.

Terdahulu sebuah video dimuat naik di laman sosial Instagram sekali gus menjawab persoalan peminat tentang status rumah tangga pasangan selebriti itu.

Dalam satu temu ramah, Bella menyifatkan tindakan tersebut adalah yang terbaik buat masa ini.

"Sebenarnya Bella rasa inilah jalan terbaik Bella dan Aliff. Seperti yang ramai tahu kami pernah rujuk dulu sebelum ini.

"Bella rasa dengan mencari jalan masing-masing itu yang terbaik untuk diri Aliff dan Bella," katanya.

Sementara itu, peguam wang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata sebutan semula kes berkenaan ialah pada 4 April depan.

"Hari ini ada tarikh bagi sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai. Bella telah memfailkan kes ini pada Isnin secara ekspres.

"Kami mendapat berita yang Aliff bersetuju tetapi pada hari ini beliau memaklumkan ada shooting. Jadi saya mohon sebutan seterusnya pada 4 April," katanya.

Menyatakan sudah berulang memberikan harapan kepada Aliff, penyanyi lagu Diari Ramadan Rafique itu menyatakan harapan agar kes tersebut perjalanan lancar.

Baca juga: Video ibu Bella Astillah runtun hati warga maya. 'Jika lelaki menyakitimu, pulanglah ke pangkuan keluarga'

Baca juga: “Tiada siapa yang mahu dikenali kerana kontroversi' - Bella Astillah

Baca juga: “Awak perform lebih daripada jangkaan”- Bella Astillah kongsi kesungguhan Aliff Aziz sepanjang 10 minggu Gegar Vaganza 8

Baca juga: Aliff Aziz tekad mahu terus istiqamah perbaiki kekurangan diri

"peluang demi peluang telah diberikan. Biar apa pun, Aliff tetap ayah kepada anak-anak saya.

"Cinta tak seharusnya memiliki, kita doakan dari jauh," kongsi Bella.

Bella, 29, dan Aliff, 33, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Pasangan itu pernah berpisah pada 16 Mei 2019 dan rujuk kembali ketika dalam tempoh iddah.

Baru-baru ini, tular muncul di Pejabat Agama Islam pada jam 2.30 pagi. Nama Aliff juga terpalit dakwaan berkelakuan kurang manis di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Sumber: Instagram Xtra

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca