‘Ini pengajaran buat saya’, Jihan Muse mohon maaf tiada niat persenda Azmi

PENGACARA, Jihan Muse tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Azmi Saat susulan gurauan mempersendakan nama bapa penyanyi itu dan fizikalnya sewaktu siaran langsung konsert minggu keempat program All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu.

Menerusi posting di Instagram, Jihan berkata dia tidak berniat untuk bergurau kasar mahupun menghina fizikal Azmi.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui ia adalah kesilapan diri yang tidak sensitif.

“Mengenai isu segmen bersama Azmi Saat tempoh hari, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan dia pada hari Isnin.

“Tiadalah saya berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan.

“Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan guraun yang tidak bersesuian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun,” coretnya.

Baca juga ‘Semoga terus istiqamah, jom pakai tudung’- Jihan Muse

Dalam pada itu, Jihan menyifatkan insiden tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.

“Bagaimanapun ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran.

Iklan

“Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri. Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi, baik dari saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan,” ujarnya.

Baca juga Hanya sempat bergelar bapa tiga hari, anak Azmi Saat meninggal dunia

Terdahulu, Jihan dikatakan telah menyindir fizikal Azmi dan mempersendakan nama bapa vokalis Caliph Busker itu sewaktu program All Star Gegar Vaganza sedang bersiaran langsung.

Bagaimanapun, Azmi ketika ditemu bual pengamal media kelmarin berkata dia tidak tersinggung mahupun terasa hati dengan gurauan pengacara berusia 40 tahun itu.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!